Wednesday, February 27, 2013

two couple married in one day...

my friend.. love you guys.. (^_^)

cerpen setia menanti

Cerpen Setia Menanti. Pang!!! Satu tamparan tepat hinggap di pipi Rahel. Air yang diminumnya belum sempat ditelan, telah terpancut keluar akibat tamparan itu. Cawan yang dipegangnya jatuh menghempap lantai. Serpihannya berselerak di serata bilik. Dia terkesima. Berkerut dahinya menahan sakit. Merah padam mukanya. Air mata sudah pun bergenang di tubir mata. Hanya tunggu gugur ke pipi sahaja. “ Aku suruh kau kemas bilik ni, kan? Kenapa tak buat? Asyik main aje!” “ kau ni memang nak kena ajar sikit!” Beberapa libasan kayu rotan, hinggap tepat di belakang Rahel. “ Ampun bu...ampun. Sakit! Sakit! Rahel janji tak buat lagi. Rahel kemas bilik tu nanti.” “ Aku dah lama geram dengan kau, tau tak! Manja sangat! Pemalas ! mentang-mentanglah bapa kau ada, nenek kau ada. Tapi hari ni, dia orang tak ada. Padan muka kau! Aku nak kerjakan kau cukup-cukup.” Tidak semena-mena, bahunya ditepuk dari belakang. Rahel tersentak. Lamunan akan peristiwa 15 tahun yang lalu terhenti disitu. Rahel yang berketurunan Melayu kacukan Cina itu Kini telah berusia 25 tahun. “ Hai..” suara itu menyapa lalu duduk di sisinya. Rahel yang duduk di balkoni rumah dua tingkat itu menyedari seseorang duduk di sisinya. “Hai...” agak perlahan Rahel menjawab. “Jauh benar Rahel mengelamun. Teringat buah hati ke?” Rahel diam namun bibirnya menguntum senyuman. Rahel menoleh ke arah Zeck, yang berada di sisinya. Dilihat lelaki berkulit hitam manis dan bermata sepet itu tenang dengan senyuman. Kemudian, Zeck turut menoleh dan mata mereka bertaut. Tidak sepatah pun ayat yang keluar dari mulut mereka berdua. Hanya mata bertentangan. Bibir Zeck bergerak sedikit, seperti taman di dalam hati ingin diluahkan kepada sang gadis yang lama diimpikannya. Namun Rahel bersuara terlebih dahulu, mematikan hasrat Zeck. “ Tak, Rahel tengah seronok tengok pengantin baru tu”, ujarnya seraya memuncungkan bibir ke arah ayahnya, Adam dan ibu si pemuda di sisinya itu, Zurina, yang kini bergelar ibu tirinya setelah diijab kabulkan pagi tadi. “ Tak sangka kan, kita yang berkenalan, emak dan bapa pula yang menjadi Raja dan Ratu Sehari!” ujar Zeck, masih ingin memancing perbualan. “ Abang dengar, ayah dan ibu nak berbulan madu di Pulau Langkawi”. “ Ya?” Rahel menjawab dengan nada agak terkejut. Namun di hati Rahel tertanya-tanya perkataan ‘abang’ di bibir pemuda itu. Mungkin kerana ibunya sudah sah menjadi ibu tiriku? Ah... biarlah dia. “Suatu hari nanti abang nak tengok bintang-bintang dan bulan bersama kekasih hati abang.” Jelas Zeck sambil tersenyum, sekadar ingin memaklumkan hasratnya itu kepada Rahel. Rahel hanya membalas dengan senyuman manis di bibirnya. Sejurus kemudian, Rahel menoleh lagi, merenung tajam wajah melayu Abang tirinya itu yang leka melihat Ibu dan Ayah barunya melayan tetamu di penghujung hari bahagia mereka. Rahel tersenyum sendiri dan matanya tidak lepas memandang lenggok si pemuda yang pernah mencurahkan perasaan hati terhadapnya dahulu. Namun tiada jawapan diberi olehnya kepada si pemuda hinggalah ayahnya menikahi ibu Zeck. Apakah Zeck masih seperti dahulu? Walaupun kini kami adalah adik beradik tiri? Tercuit hatinya pada persoalan itu. Zeck Azim... bertahun tidak bertemu, tidak kusangka kau sudah banyak berubah. Semakin tampan, semakin bersahaja, tetapi semakin sombong! Renungan Rahel mengingatkannya akan pemuda remaja yang mudah tersenyum, ramah dan suka bergurau dengannya semasa mereka berada di universiti yang sama. Kali pertama menjejakkan kaki ke universiti untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Rahel berasa senang dengan keramahan seorang pemuda tampan bernama Zeck yang sefakulti dengannya. Renungan pertama sewaktu melakukan kerja kumpulan bersama, memutikkan perasaan cinta antara dua insan ini. Namun semua itu tidak berkekalan kerana Rahel belum bersedia ketika Zeck melamarnya di sebuah restoran Prancis di pusat bandar Kuala Lumpur. Atau apakah kau masih marah dan tidak sudi memaafkan aku? Akan kah Zeck berusaha lembutkan hati ku sepertimana ayah ku berjaya menawan hati ibunya untuk berkahwin lagi. Tepat jam 12.00 tengah hari. Setelah selesai menelefon teman rapatnya, Luna iaitu kekasih teman rapat Zeck, Arel. Rahel duduk di kerusi di sebelah meja telefon rumah barunya. Dia terkebil- kebil memandang syiling yang berada di atas meja di sebelah tempat duduknya. Dia merenung wajah Zeck yang masih leka meneliti kumputer ribanya di ruang tamu. Wajah Zeck bersilih ganti pula dengan wajah ibu tirinya dahulu, Umi Kalsom dan ibu tirinya sekarang ini, Zurina. Apakah perangai ibu Zeck sama dengan Ibu Som? Perasaan Rahel tidak ketentuan bila teringat jeritan dan piatannya di telinga ketika ayahnya dan arwah neneknya tiada untuk membantu. Dia tidak boleh lupa pada wanita yang dikahwini ayahnya ketika usianya sembilan tahun selepas perceraian ibu kandungnya dengan Adam. Tiga tahun beributirikan perempuan itu benar-benar mencoret kenangan pahit dalam hidupnya. Pantang silap, pasti telinganya merah-merah dipiat, tidak pun kayu rotan hinggap di belakangnya. Tidak boleh terlewat sedikit melakukan tugas yang diberi, pasti lima jari dan tapak tanganya melekat di pipi Rahel. Betapa siksanya hidup semasa beributirikan Ibu Som. Selama tiga tahun sudah cukup baginya untuk bertahan dengan perangai Ibu Som. “Ampun bu...ampun! Rahel janji tak kan buat lagi.” Dia terkenangkan suara teriakannya apabila dipukul oleh Ibu Som. Menjangkau tiga bulan usia perkahwinan ayahnya, barulah kini Rahel sedar dan selesa. Rupa-rupanya Zurina seorang wanita yang lembut dan penuh kasih sayang, berbeza dengan ibu tirinya dahulu. Wanita itu tidak pandai mencurahkan kasih sayang sedangkan usia sembilan hingga sepuluh tahun adalah waktu untuk anak-anak sepertinya itu dimanja dan dibelai. Rahel berkali-kali memuji akan ayahnya yang pandai memilih Zurina sebagai isteri dan ibu barunya. Segalanya dapat dilihat di saat Zeck pulang dari Pulau Pinang bila mana lelaki itu akan diberi perhatian berlebihan hingga adakalanya menimbulkan perasaan cemburu di hati Rahel. Malah dia juga dapat melihat keprihatinan wanita itu terhadapnya sebagai seorang anak. Cuma dirinya belum benar-benar dapat menerima wanita itu sebagai seorang ibu sepertimana ayahnya telah diterima oleh Zeck. Saban hari berlalu, kini Rahel mula memanggil Zurina dengan panggilan Ibu kerana selama ini dia memanggil Zurina dengan panggilan auntie. Dia seakan-akan mula menerima Zurina sebagai ibu tirinya. Hubungan mereka pun semakin rapat. Berita penghijraan Zeck ke Kuala Lumpur dan dia akan tinggal serumah dengannya seminggu lagi benar-benar menyesak nafasnya, kerana selama ini Zeck bekerja sebagai Doktor di Pulau Pinang. Untuk menyatakan akan ketidaksetujuannya pula bererti mengundang bala dan melahirkan tanda soal. Namun apa yang lebih merisaukannya adalah dia dan Zeck akan bekerja di hospital yang sama. Rahel enggan meluahkan perasaan tidaksetujunya kepada Zeck kerana selama ini tiada masalah yang pernah berlaku antaranya dengan pemuda itu selama mereka bergelar saudara tiri biarpun ada rahsia tersisip rapi tentang kisah hidup mereka berdua. Sebulan berlalu, kini Rahel dan Zeck bekerja di hospital yang sama, dan tinggal sebumbung, menyebabkan perasaan yang selama ini terpendam jauh di lubuk hati mereka seakan-akan ingin diserlahkan. Namun mereka sedar kini mereka bergelar adik-beradik tiri dan pernikahan di antara mereka berdua itu tidak mungkin berlaku, kerana masing-masing ingin menjaga hati ayah dan ibu mereka. Mereka berdua hanya memendam perasaan masing-masing, hanya yang Esa sahaja yang tahu akan rasa sayang dan cinta antara dua insan bernama manusia ini. Namun, hari demi hari berlalu hubungan mereka semakin rapat. Adam dan Zurina memandang wajah Rahel dan Zeck yang duduk berhadapan dengan mereka di sofa ruang tamu. Wajah ayah tidak pernah kelihatan begitu serius untuk membincangkan sesuatu dengannya. Hilang wajah lembut dan ceria akan ayahnya pada malam itu. Manakala Zeck pula berasa gementar dan sedikit bercampur gembira kerana selepas itu dia pula ingin berterus terang tentang hubungan dia dengan Rahel yang sekian lama disimpan rapi di sudut hatinya yang paling dalam. Dia mahu berterus terang sekarang kerana ayah tirinya ada bercerita tentang seorang lelaki bernama Arel. Dia takut ayah tirinya menjodohkan Rahel dengan lelaki itu, dan dia tidak mahu hal itu berlaku kerana Arel merupakan teman rapatnya sejak di universiti lagi dan juga kekasih kepada teman rapat Rahel iaitu Luna. “Ayah kata nak bincang dengan kami sesuatu, apa dia? Rahel pun ada perkara nak beritahu ayah ni.” Rahel bersuara memulakan sesi perbincangan keluarga pada malam itu. Adam terdiam, seperti tidak bersedia untuk mengeluarkan sepatah kata dari mulutnya. “Ayah beritahulah cepat! Kami berdua dah tak sabar nak tahu ni!” pujuk Rahel. “Beritahulah bang. Tak elok abang simpan lama-lama. Sekurang-kurangnya Rahel ada masa nak fikir dan buat persiapan majlis.” “Majlis!”. Rahel dan Zeck hampir serentak menyebut perkataan tersebut, mereka berdua terpinga-pinga. Mereka berpandangan dengan muka yang panik. “Adakah aku terlambat meluahkan hasrat hati kepada ayah Rahel? Adakah Rahel akan dijodohkan oleh ayahnya dengan Arel?” Tiba-tiba timbul persoalan tersebut di fikiran Zeck hanya kerana perkataan ‘Majlis’ yang dilafazkan oleh ibunya. “Majlis apa bu?” soal Rahel inginkan kepastian. “Minggu depan keluarga Dato’ Daus akan datang meminang,” beritahu Adam dengan nada dan wajah yang serius manakala Zurina hanya tersenyum melihat anak lelaki dan anak tirinya itu. Tetapi Rahel dan Zeck bagaikan disambar petir. Berpinar- pinar pandangan Rahel. Dia tersandar lemah pada sofa. “Ayah membuat keputusan terlebih dahulu? Bukankan ayah sedang menanti keputusan daripada aku? Adakah aku akan berdiam sahaja melihat Zeck yang selama ini menanti ku penuh sabar kecewa? Kalau lah aku menerima lamaran Zeck dahulu pasti kini kami berdua hidup bahagia dan permasalahan ini tidak akan berlaku.”Bisik hatinya resah. Akhirnya, persoalan Zeck yang berlegar-legar di fikirannya sebentar tadi terjawab. Dia berusaha kelihatan tenang biarpun hatinya bagaikan dipukul ombak yang ganas. Dia sudah terasa lemas ditelan ombak kecewa. Hatinya bagaikan kaca terhempas ke batu. Seakan-akan dia ingin teriak meluahkan perasaan kecewa yang membara di dalam hatinya. “Akan kah percintaan sekian lama ini akan berakhir sekarang?”. Hatinya bertanya. “Petang semalam keluarga Arel datang merisik dan ayah dah buat keputusan muktamad. Mereka akan datang meminang kau minggu depan.” “Kamu mesti suka kan Zeck, Arel teman baik kamu akan menjadi menantu Ibu lepas ni. Rahel, Ibu rasa kau dan Arel amat secocok bagai pinang dibelah dua.” Jelas Zurina selamba. “Mengapa Zeck tak tahu perkara ini? Kenapa ayah dan ibu tak beritahu Zeck?” Zeck terus berdiri. Kawalan emosinya tersungkur jua akibat jiwanya meronta-ronta akan nasib yang menimpa kisah cintanya bersama Rahel yang selama ini hanya dipendam sahaja semata-mata untuk melihat kebahagiaan ibunya bersama ayah Rahel. Mata Zeck tajam memandang ibunya dan ayah tirinya. “Tolak pinangan itu ayah” Rahel bersuara lemah. “Tak! Keputusan ayah muktamad. Rahel dan Arel mesti disatukan!” Semua mereka terganam dengan tengkingan Adam terutamanya Rahel. Sikap ayahnya yang penyayang dan prihatin berubah sekelip mata setelah sekian lama. Pertama kali ayah Rahel marah besar sebegitu apabila Rahel bertanya akan ibu kandungnya, yang tidak pernah dia kenali sejak dia dilahirkan ketika dia berumur 10 tahun. Sejak itu dia tidak pernah bertanya soal ibu kandungnya walaupun jeritan batinnya melonjak ingin tahu. Hatinya tertanya-tanya akan keberadaan ibu kandungnya sama ada masih hidup atau telah dipanggil menghadap ilahi?. Rahel menjadi pelik bila tiba-tiba ayahnya menemukan dia dengan ibu kandungnya enam tahun lalu. Bagaikan mati hidup semula rasanya pertemuan itu. Hairan memikir akan apakah maksud daripada semua ini? Sejak dari itu semua persoalan tentang ibu kandungnya terjawab dan dia masih berhubung dengan ibunya hingga sekarang. “ Tapi Rahel tak kenal hati budi Arel.” “ Ayah kenal dia. Ayah yakin dia boleh bahagiakan Rahel.” “ Rahel tak cintakan dia ayah.” “ Ayah yakin Rahel boleh mencintainya apabila sudah berkahwin nanti.” “ Ayah, Rahel tak mahu.” Rayu Rahel dengan hati yang sebak. “ Ayah, keluarga Arel baru merisik. Masih belum terlambat untuk ayah batalkannya. Tak semestinya akan ada majlis tunang dan kahwin, Rahel kan, tak suka. Zeck rasa ayah kena tolak pinangan tu. Baik ayah cakap dengan Dato’ Daus sebelum mereka datang. Jadi, tak adalah sesiapa yang malu nanti.” Adam merenung tajam wajah Zeck. Tanpa suara dikeluarkan namun pandangan itu sudah cukup mengetarkan hati Zurina yang memerhati soal jawab malam itu. “ Zeck.” Lembut suara Zurina. Berniat untuk menghalang anaknya supaya berdiam diri sahaja. “ Tapi ibu, ini soal hati, soal perasaan. Kita tak boleh paksa. Yang nak kawin tu Rahel bukannya sesiapa.” “ Zeck jangan masuk campur! Ini hal ayah dengan anak ayah!” “ Ayah, ini kebenaran. Rahel tak boleh bahagia dengan Arel.” “Oh! Jadi dia boleh bahagia dengan kaulah?” Adam berdiri dengan bebola mata merah menyinga di hadapan Zeck sambil menenung tajam wajah pemuda itu. “ Ayah tidak boleh menerima hakikat jika anak tirinya sendiri menjadi menantu ayah. Apa tanggapan masyarakat setempat nanti?” “ Mana ayah nak letak muka ayah ni?” keluh Adam tegas. “ Janji tetap janji. Ayah dah terlanjur janji dengan keluarga Dato’ Daus, peminangan tu akan diadakan minggu depan. Sebulan lepas peminangan tu Rahel mesti menikah dengan Arel.” “ Kenapa ayah tak bincang dulu dengan Rahel? Kenapa ayah buat Rahel macam ni? Kenapa ayah buat keputusan sendiri? Ayah Cuma pentingkan perasaan ayah, malu ayah sahaja! Perasaan Rahel ayah tak pentingkan! Rahel benci ayah!.” Tengking Rahel apabila perasaan kecewanya memuncak. Pang!!! Satu tamparan dilepaskan oleh Adam tepat hinggap di pipi gebu Rahel. Wajah Rahel yang merenung tajam ke arah ayahnya sebentar tadi, terpaling sedikit ke sisi sebelah kirinya. “ Adam!!” Zeck yang tidak sanggup melihat kekasih hatinya diperlakukan seperti binatang oleh ayahnya sendiri, menghampiri ayah tirinya itu dengan perasaan marah yang entah dapat di kawal atau tidak. “ Zeck!” Zurina yang tidak berani berkata apa-apa menarik tangan anaknya dan cuba menenangkannya. “ Ayah, tolong Rahel. Rahel tidak mahu kahwin dengan Arel.” Belas Zeck mendengar suara sayu Rahel merayu akan ayahnya. Lalu timbul kekuatan dalam dirinya untuk mempertahankan kekasih hatinya. Dia menghampiri Rahel yang sudahpun berlinangan air mata lalu mencapai tangannya dan mengengamnya dengan erat. “ Kalau ayah dah janji dengan keluarga Dato’ Daus, kami berdua pun dah berj anji nak hidup bersama.” Zeck berterus terang. Adam yang sedang berjalan keluar daripada ketegangan malam itu terhenti langkahnya mendengar luahan hati anak tirinya yang telah dia simpan selama ini. Zeck pasti ayah tirinya sudah tahu akan hubungan dia dengan Rahel selama ini. Cuma dia tak pasti bila ia akan dapat dihidu. Tapi dia sedar perubahan ayah tirinya berlaku selepas malam nostalgianya bersama Rahel di shinju. Mungkin malam itu mereka diintip. “ Apa yang Zeck cakap ni?” Zurina yang hanya diam kini bersuara sambil terpinga-pinga mendengar pernyataan anak lelakinya. “ Ibu, kami dah kenal sebelum ibu dan ayah kahwin lagi. Masa Zeck di universiti lagi. Kami saling mencintai antara satu sama lain.” “ Maksud Zeck, Rahel dan Zeck dah bercinta sejak ibu dan ayah kahwin?” Zeck hanya mengangguk lemah. Terbit rasa bersalah di hati Zurina. “ Ya bu. Kami dah bercinta sejak dulu lagi. Tetapi apabila mendapat tahu yang ayah dan ibu nak kahwin kami batalkan hasrat di hati. Tapi, tak salah kan, kalau kami kahwin? Agama pun tak larang. Kami bukan muhrim, kami tiada pertalian darah langsung.” Zeck menggengam erat tangan Rahel lalu dibalas oleh gadis tersebut. Adam yang melihat bertambah geram. Ditarik tubuh anaknya jauh daripada Zeck. Pandangan mata Adam dan Zeck berlaga seolah-olah sedang berebut gadis yang diimpikan. Akhirnya Zeck tertunduk serbah-salah. “ Keputusan ayah muktamad. Esok Zeck mesti pindah dari rumah ni. Faham!” Zurina yang mendengar arahan Adam ingin bersuara membantah. Namun dia serbah salah antara anak dan suami. “ Ayah, Rahel sayang Zeck. Ayah, kami.... kami...” “ Rahel masuk bilik!” suara si ayah tegas. Dia memandang wajah pucat gadis itu terdiam. “ Tapi ayah..” “ Pergi!!” arah Adam lebih keras lagi. Terketar-ketar bibir gadis itu. Terasa lemah segala sendi-sendinya. “ Rahel!” panggil Zeck. Larian Rahel terhenti. Dia menoleh pada Zeck yang menghulur tangannya seakan-akan mahu memeluknya. Namun pandangan tajam ayahnya mematikan hasrat itu, dia terus berlari kearah tangga untuk naik ke biliknya di tingkat dua rumah. “ Esok, Zeck pindah rumah. Rahel, ayah akan hantar ke tempat kerjanya.” “ Abang...” “Awak diam!” tengking Adam pada Zurina yang tidak sanggup takkala melihat anaknya diperlakukan sesuka hati. “ Zeck anak saya. Abang tak boleh usir dia sesuka hati. Abang ingat senang nak cari rumah dalam sehari? Kalau tak dapat, mana dia nak tinggal?” “ Ini rumah saya. Kalau awak sayang sangat dengan anak awak tu. Saya tak larang awak ikut dia pergi. Tapi awak mesti ingat, kalau dah keluar dari rumah ni awak jangan balik ke sini lagi. Faham!”. Zeck terpempan. Lebih-lebih lagi Zurina. Dadanya berombak kencang memikirkan sikap suaminya entah disampuk apa. “ Baiklah ayah Zeck akan keluar dari rumah ni besok. Ibu tak payah risau, kalau tak dapat rumah sehari dua. Zeck boleh tinggal dekat hotel atau rumah kawan. Zeck menghampiri ibunya yang sudah menitiskan air mata. “ Nanti ibu cakap dengan Mak Long Zeck tinggal sana.” Zurina memberi cadangan dengan esakan kecil. Zeck Cuma mengangguk dan berusaha mententeramkan perasaan ibunya yang pasti terkejut dengan kata-kata ayahnya yang bagaikan pisau menghiris hati ibunya. Rahel yang melihat di sisi tangga rumah berasa terluka. Mungkinkah sebab sikap ayah sebegini menyebabkan emak dan ayah bercerai? Bisik hatinya sedih. “Mama... mama....” kedengaran namanya dipanggil. Rahel yang sedang leka meneliti majalah masakan di meja dapur menoleh ke arah suara itu. Seorang kanak-kanak datang melulu ke arahnya. “ Hei! Anak mama.” Rahel berdiri lalu mendepakan tangannya sambil menanti seorang kanak-kanak berusia enam tahun berlari mandapatkannya. “ Mana Nenek mama?” tanya Izzat lembut kepada Rahel. “ Nenek ada kat taman belakang rumah tu. Izzat pergilah tengok nenek.” “ OK. Mama, Izzat pergi dulu.” “ Anak mama hati-hati tau.” Izzat mengangguk lalu berlari pergi. Rahel hanya memerhatikan Izzat berlalu. Kedatangan Izzat menghilagkan fokusnya untuk membaca majalah itu kembali. Dia membancuh teh dan pergi ke kaki lima rumah ibunya. Dia duduk di kerusi rehat dan memerhati keindahan alam. Tak kala Rahel menikmati keheningan pagi yang nirmala itu. Dia terkenang akan Zeck yang kini bahagia bersama teman baiknya Luna yang juga bekas kekasih Arel dahulu, teman rapat Zeck. Selepas Zeck dihalau keluar dari rumah dia membawa dirinya dan dia telah berhenti bekerja di hospital yang sama dengan Rahel. Bertahun-tahun juga dia merawat luka di hatinya. Majlis perkahwinan Rahel dengan Arel juga dia tidak hadiri walaupun kad undangan telah diposkan kepadanya. Setelah perkahwinan Rahel, dia mengusung rasa kecewanya ke Paris. Bertahun-tahun dia tidak dapat dihubungi, hanya surat sahaja yang diposnya setiap bulan kepada ibunya, Zurina menyatakan dia berada dalam keadaan sihat. Tiga tahun selepas perkahwinan Rahel, Zeck kembali membawa seorang gadis iaitu Luna. Lalu dia menyatakan hasrat hatinya untuk menikahi wanita itu. Kini Zeck hidup bahagia dengan Luna. Walaupun tiada setitik rasa cinta Rahel kepada Arel walaupun sudah lapan tahun menjadi suami isteri, kerana mereka berdua bersatu atas kemahuan orang tua mereka, bukan atas rasa cinta masing-masing. Namun kehidupan mereka tetap bahagia dan dikurniakan seorang anak lelaki, Izzat Arel. “Adakah, Zeck masih mencintaiku? Masihkah ada ruang yang tersisa dihatinya untuk menerima aku?” bisik hati Rahel. “ Ah! Dia sudah bahagia dengan gadis pilihannya sendiri. Walaupun wanita itu teman rapat ku sejak dibangku sekolah lagi, aku tetap merestui hubungan mereka.” “ Bagaimanakah hidupnya sekarang? Adakah dia juga rindu pada ku?” Rasa rindu yang terpendam selama lapan tahun itu menimbulkan banyak tanda tanya kepada Rahel. “ Rahel tak salahkan ayah atas apa yang berlaku selama ini. Rahel sayang ayah, semoga ayah aman di alam sana.” Tiba-tiba Rahel teringat akan arwah ayahnya yang telah meninggal dunia setahun selepas dia berkahwin dengan Arel akibat kemalangan jalan raya. Seraya, berjujuran air mata mengalir deras menuruni pipinya. Pip!! Pip!! Bunyi hon kereta di luar rumah mengembalikan Rahel ke alam nyata. “ Mama!! Mama! papa dah balik!”pekik Izzat dari tingkat bawah rumah. Rahel segera mengesat air matanya, lalu turun bagi menyambut suaminya yang baru balik dari kerja. Arel yang bekerja sebagai Pensyarah di Universiti Teknologi Mara keluar dari keretanya sambil tersenyum gembira melihat isterinya dan Izzat tercegat di muka pintu bagi menyambut kepulangannya. “ Asalammualaikum.” Arel memberi salam kepada isterinya. “ Mualaikumsalam bang.” Rahel menjawab salam itu lantas mencium tangan suaminya dan membawa beg kerja suaminya masuk ke dalam rumah. Setelah Rahel dan Arel berkahwin Rahel terus meninggalkan kariernya sebagai doktor dan menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga anak lelakinya yang tersayang. Belum sempat Rahel membawa beg kerja suaminya masuk ke dalam, Izzat menarik beg tersebut. “ Mama, biar Izzat bawa beg ayah.” Pinta Izzat sedikit merayu kepada ibunya. Rahel melepaskan beg tersebut lantas diberikannya kepada Izzat. Mereka berdua hanya melihat anak kesayangan mereka itu berlalu masuk ke dalam rumah sambil beg kerja ayahnya diletakkan dibelakangnya seperti memikul seguni padi yang baru dituai. Arel masuk ke rumah dan merebahkan dirinya di atas sofa ruang tamu. Dia duduk sambil ditemani Izzat yang sedang menonton televisyen. “ Rahel buatkan abang secawan teh, ya?” Arel hanya mengangguk. Sambil membelai anak lelakinya yang leka menonton rancangan kegemarannya. Rahel berlalu masuk ke dapur. “ Sayang, Minggu depan kita sekeluarga balik jenguk Ibu kandung kamu di kampung, ya?” “ Abang tak kerja kah minggu hadapan?” soal Rahel sambil menghidangkan suaminya secawan teh. “ Abang dah minta cuti seminggu, jadi abang bercadang nak bawa Izzat, nenek dan awak bercuti di kampung ibu kandung awak. Lagi pun awak dah lama tak jenguk mak kat kampung kan?” “ Rahel ikut je abang. Nanti Rahel telefon mak cakap kita nak datang.” “ Baiklah nanti abang beritahu nenek.” jelas Arel kepada isterinya yang masih berdiri di sebelah meja sambil memegang dulang. “Jauh lagi kah mama? Izzat dah tak tahan lagi duduk dalam kereta ni.” Keluh Izzat mematikan lamunan Rahel terhadap bekas kekasihnya, Zeck sambil memalingkan mukanya menghadap keluar kereta untuk menikmati keindahan alam. Sehingga sekarang memori lamanya masih lagi belum dapat dipadamkan entah bila akan dia mampu menerima kenyataan yang memeritkan ini. “ Izzat sabar. Kejap lagi sampailah di rumah nenek Izzat.” Jelas Arel memujuk anaknya. Sememangnya perjalanan lima jam ke Kampung Parit Tiga amat memenatkan. Pip!! Pip!! Bunyi hon kereta tersebut mengejutkan Izzat yang terlena dalam perjalanan. “ Yeah, dah sampai.” Lantas Izzat membuka pintu kereta dan berlari melulu ke arah Hajah Maimun atau nama Cinanya ialah Lee Suu Ann yang telah pun bersedia menyambutnya di tangga rumah kayu setingkat itu. “ Cucu nenek sihat.” Soal Hajah Maimun kepada Cucunya yang sudahpun didukungnya. Walaupun sudah berumur dalam lingkungan 50-an dia masih bertenaga mendukung Izzat. Mungkin inilah tenaga seorang wanita yang menghabiskan sisa hidupnya bersawah setelah ditinggalkan Adam selama ini. “Mak sihat?” soal Rahel sambil menyalam ibunya lalu memeluknya. “ Begini lah Rahel, Cuma sakit-sakit sendi sahaja. Biasalah tu kalau dah namanya petani.” Hajah Maimun sedikit berjenaka dengan anaknya yang lama tidak dia temui. “ Mak..” Panggil Arel, sambil menghulurkan tanganya untuk bersalaman dengan ibu mertuanya itu. “Rahel, ibu tiri kau tidak ikut sekali?” soal Hajah Maimun. “Tak mak, dia sibuk katanya.” Hajah Maimun hanya menganggukan kepalanya. Selesai sahaja Arel mengangkat semua beg pakaian masuk ke bilik mereka. Dia membawa Izzat keluar bersiar-siar melihat sawah padi yang terbentang luas dan melihat matahari terbenam. Meninggalkan isterinya bersama ibunya. Sebenarnya dia tidak mahu menganggu Rahel dan ibunya kerana dia tahu isterinya sangat merindui Hajah Maimun. Malam itu Rahel membantu ibunya di dapur manakala Arel sibuk melayan kerenah Izzat di ruang tamu rumah. “Mesra betul suami kau dengan Izzat kan Rahel.” “ Ya, Mak..” Rahel tidak ingin memanjangkan perbualan mereka. “ Adui!!” tiba-tiba Rahel mmengadu kesakitan. Tanganya terhiris sewaktu menghiris bawang. “ Rahel kenapa tak hati-hati nak?” tegur ibunya sambil membalut luka anaknya. “Rahel kenapa Mak?” tanya Arel yang menjenguk di sisi pintu dapur dengan nada sedikit panik. “ Tak ada. Cuma luka sikit sahaja.” “ Abang tak usah risau, luka sikit saja ni.” “Baiklah.” Jawab Arel sambil berlalu kembali menemani anak lelakinya bermain. “ Kau ingatkan seseorang kan Rahel? Sebab dari tadi ibu perhatikan kau asyik termenung sahaja.” Soal ibunya sambil duduk di sebelah Rahel. “ Kau masih terkenangkan Zeck, ya?” mata Hajah Maimun yang sedikit sepet menenung mesra wajah anaknya yang mewarisi wajah cinanya. “ Ya mak. Entah dimana dan bagaimanakah keadaan dia sekarang ni?” Rahel berterus terang kepada ibunya. “ Rahel, kamu mesti ingat nak, kamu tu dah bersuami. Kalau Arel tahu kamu masih memendam rasa kepada temannya itu, bagaimana? Dia pasti kecewa. Yang lepas tu biar la lepas. Tak usah kita kenang lagi.” Jelas Hajah Maimun sambil membelai lembut rambut Rahel. “Tapi bu..” Rahel mematikan ayatnya. “ Rahel kadang kala suatu hari kita harus lepaskan orang yang kita sayang, kerana kalau dah jodoh tak kan kemana, kerana jodoh pertemuan itu semua sudah ditentukan oleh allah. Suatu hari dia pasti akan menjadi milikmu jua.” “ Ibu..” panggil Rahel sambil air matanya jatuh mengalir di kedua-dua pipinya. Lantas dia memeluk ibunya dengan erat. “Mama lama lagi kah nak makan? Izzat dah lapar sangat dah ni.” Izzat menyedarkan Rahel dan ibunya lantas pelukan erat tadi dilepaskan dan Rahel menyesat air matanya. “ Mama sedih kah hiris bawang?” soal Izzat ingin tahu. Lantas Arel datang mendukung anak lelakinya itu tanpa berkata atau mengemukakan satu soalan pun kepada isterinya. Kring!! Kring!!.. bunyi deringan jam lonceng itu bergema di seluruh bilik menghentikan tidur lena Rahel. Jam sudah menunjukkan tepat jam lima pagi. Dia segera bangun meninggalkan suaminya dan Izzat yang masih terlena di atas katil. Dia segera ke dapur mencari bahan untuk dimasak sebagai sarapan pagi. Setelah selesai sarapan bersama keluarga, tepat jam 7.00 pagi Arel dan Izzat pergi ke pekan untuk menbeli sedikit barang dapur. Rahel pula duduk santai di beranda rumah,yang betul-betul menghadap sawah padi yang terbentang luas sambil mukanya dihentam angin sepoi-sepoi bahasa. Lama juga Rahel duduk di beranda rumah itu. Dia betul-betul terpersona dengan keindahan pemandangan kampung Parit Tiga. Deruman enjin kereta, semakin jelas menghampiri halaman rumah menandakan suaminya dan Izzat sudah pulang dari pekan. Dia segera keluar menjenguk dan menyambut kepulangan suaminya bersama anaknya. Izzat keluar dari kereta sambil membawa sebuah kotak kereta mainan kawalan jauh. “Mama, ayah belikan Izzat mainan baharu.” Izzat memaklumkan ibunya dengan riang. “ Ayah belikan mainan baru, ya? Nanti Izzat main dengan ayah, ya.” Rahel tersenyum sambil menyapu-nyapu kepala anak lelakinya itu. Izzat duduk di tangga menuggu ayahnya datang untuk membuka mainan barunya itu. Rahel segera membawa semua barang yang dibeli oleh suaminya naik ke dapur. “ Ayah!! Ayah!! Cepat tolong buka mainan Izzat ni”. Jerit Izzat kepada ayahnya yang masih lagi berdiri di sisi keretanya. “ Tunggu, ayah datang ni.” Arel berjalan pantas menuju ke arah Izzat yang sudah tidak sabar mahu bermain dengan mainan barunya itu. Setelah Arel mengajar Izzat cara untuk mengawal kereta tersebut dia segera mencapai kunci keretanya, dia berhasrat untuk mencuci keretanya kerana terlalu kotor akibat jalan yang dilalui ke pekan tadi agak berlopak. “Izzat main aje kat sini ok. Ayah mahu cuci kereta.” “ OK ayah.” Izzat terus bermain dengan leka mengawal kereta kawalan jauhnya itu. Arel terus berjalan ke arah kereta Mazda Lantis 323, dan menghidupkan enjinnya lalu memusingkan kereta tersebut. “Ayah!!!!!!!!!” jeritan itu menghentikan Arel daripada terus mengundurkan keretanya. Lantas dia keluar dari keretanya, lalu menjenguk ke belakang keretanya. “Ya Allah! Anakku, Izzat!!! Izzat!!!” dia mendapati separuh badan Izzat berada di bawah keretanya dengan keadaannya yang tidak sedarkan diri dan berlumuran darah. Kereta kawalan jauhnya hancur dibawah tayar kereta dan dia masih memegang alat kawalannya. Kebingitan di luar memaksa Rahel untuk berhenti daripada memasak dan berlari keluar bersama Hajah Maimun. “Izzat!!!!!!” jerit Rahel sekuat hati sambil berlari ke arah suaminya yang sudahpun memeluk Izzat yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mengharukan. Sejurus sahaja melihat Izzat dalam keadaan sebegitu Rahel rebah ke atas tanah menegangkan lagi keadaan. “ Mak, Cepat tolong Arel angkat Rahel masuk kereta.” Arel meminta pertolongan Hajah Maimun setelah memasukkan Izzat ke dalam kereta. Perjalanan ke hospital penuh dengan tangisan. “ Izzat jangan tinggalkan kami, Izzat. Izzat cucu nenek bangun nak.” Pinta Hajah Maimun sambil mengusap wajah Izzat dengan lembut. Hatinya bagaikan dirobek-robek. Air matanya tidak berhenti mengalir deras seperti anak sungai. Arel yang dalam keadaan panik dan teresak-esak terus memandu laju kereta Madza Lantis 323 itu menuju ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dimana ia adalah tempat Rahel dan Zeck pernah bekerja dahulu. Setibanya di hospital, Izzat dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala Rahel ditempatkan di wad biasa sahaja. Rahel sedar sejam kemudian, lalu mencari anak lelakinya itu. Dia dibawa ke hadapan bilik Unit Rawatan Rapi oleh suaminya. “Bagaimana keadaan Izzat, bang? Dia selamat kan? Dia selamat kan, bang?” soal Rahel sambil teresak-esak. “ Tenang Rahel, tenang.” Arel memeluk isterinya itu dengan erat. “ Izzat dah sejam di dalam tu, kita berdoa sahaja kepada Allah agar dia selamat ya.” Terang Arel dengan nada berbisik. Tiga jam kemudian seorang doktor keluar daripada bilik pembedahan. “Bagaimana keadaan anak saya doktor?” soal Arel dalam keadaan risau semasa doktor tersebut menutup pintu. Rahel dan Ibunya yang berada disisinya tidak bersuara hanya tangisan yang kedengaran. Dalam keadaan sedih sempat lagi Rahel menenung dan meneliti wajah doktor tersebut. Lantas dia mengecam wajah dan mata sepet Zeck. Rupanya doktor itu adalah Zeck kekasih lamanya. Satu pertemuan semula yang amat mengejutkan dalam keadaan yang amat mengharukan setelah sekian lama terpisah. Namun Rahel hanya mendiamkannya sahaja. “ Anak anda mengalami pendarahan dalaman akibat hentakan yang kuat. Sekarang dia berada dalam keadaah koma dan peluang untuk dia hidup adalah tipis. Jadi saya minta kamu semua sabar dan banyak-banyakkan berdoa.” Jelas doktor itu. Hati Rahel dan Arel bagaikan disambar petir mendengar keterangan doktor tersebut. “Izzat!!! Jerit Rahel lemah. Arel memeluk erat isterinya itu sambil teresak-esak. Hajah Maimun duduk tersandar lemah di kerusi menunggu di tepi dinding. “Doktor, boleh kami jenguk Izzat sekarang?” Arel bertanya kepada doktor dengan nada yang sayu. “Boleh. Tetapi hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk. Arel dan Rahel kamu banyakkan bersabar ya.” Doktor itu pun berlalu meninggalkan mereka dalam kesedihan. “ Tunggu dulu doktor, macam mana doktor boleh kenal kami berdua?” Arel ingin tahu. “ Arel ini Zeck lah. Tak kan awak dah tak cam muka saya?” “ Awak rupanya Zeck, maaf saya tak cam muka awak tadi.” “ Sudahlah, kamu berdua masuklah jenguk anak kamu.” Dr.Zeck tidak ingin memanjangkan pertemuan itu kerana dia tidak mahu mengenang kenangan indah dan hitam antara dia dan Rahel. Lagipun dia tidak mahu menganggu kebahagian Rahel bersama Arel selama ini, walaupun hatinya meronta-ronta melihat kekasihnya itu yang amat dia rindui selama ini. Dr. Zeck berlalu pergi meninggalkan mereka. “ Rahel dan Arel lah yang pergi jenguk Izzat ya. Mak tunggu dekat luar sahaja. Nanti mak telefon ibu tiri kamu Rahel.” “ Baiklah mak.” Jawab Arel sambil membawa Rahel masuk ke dalam bilik rawatan tersebut. Tit..tit..tit...titttttttttttttttttttttt...!! jalur hijau pada skrin telah lurus, mengejutkan Rahel, Hajah Maimun, Zurina dan Arel. Arel segera memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Izzat yang sudah sehari tidak sedarkan diri dan masih dalam keadaan koma. Mereka semua diminta untuk keluar sementara Dr.Zeck memeriksa keadaan Izzat yang berada dalam keadaan kritikal. Sejam kemudian, Dr. Zeck keluar dari bilik tersebut. “Izzat bagaimana Zeck?” soal Arel dengan perasaan berdebar-debar ingin tahu. “Banyakkan bersabar ya, Arel dan keluarga. Tuhan lebih sayangkan dia.” Jelas Zeck sambil menepuk-nepuk bahu teman rapatnya itu. “Tidak!! Tidak!! Izzat jangan tinggalkan mama nak!” jerit Rahel sambil meluru masuk ke bilik rawatan itu. Kemudian diikuti oleh Arel dan Hajah Maimun. “ Izzat bangun nak! Bangun! Jangan tinggalkan ibu.” Rahel memeluk jasad kaku Izzat sambil menangis teresak-esak. “ Maafkan ayah nak. Ayah tak dapat jaga Izzat dengan baik. Malah ayah sendiri yang bunuh Izzat. Maafkan ayah nak, maafkan ayah.” Arel memeluk tubuh Izzat lalu mencium pipi anak lelaki kesayangannya itu kemudian menutup seluruh badan dan kepala anak kesayangannya itu dengan kain putih yang sudahpun tersedia mmenutupi separuh badan Izzat. Dua bulan berlalu, kepergian Izzat jelas memberi kesan yang mendalam terhadap Rahel, namun yang lebih menyedihkan adalah keadaan Arel. Rasa bersalahnya amat memberi tekanan kepada jiwanya. Kini dia hilang arah tuju hidupnya dia telah dipecat oleh pihak Universiti kerana lama tidak bertugas. Arel bagaikan hilang kewarasan fikirannya. Kadang- kala dia pergi ke pusara Izzat berkali-kali dalam sehari. Jam menunjukkan jam 5.30 pagi. Rahel bangun lalu menuju ke tingkap kemudian membukanya, namun setelah angin sejuk pagi kampung Parit Tiga menerpa masuk lantas dia menutup rapat tingkap itu semula. Dia segera menuju ke bilik air dengan lemah untuk mengambil wuduk. Selepas selesai mengerjakan seruan Ilahi, dia segera mengejutkan suaminya yang masih terlena di atas katil. “Abang... Abang.. bangun! Dah pagi ni.” Seru Rahel sambil menggoyang-goyangkan sedikit badan suaminya. Dia mendapati suaminya tidak memberikan sebarang tindak balas, walaupun telah beberapa kali dia cuba mengejutkannya. Lantas Rahel memeriksa nadi di bahagian pergelangan tangan suaminya. Nadinya masih bergerak namun perlahan, dia sedar yang Arel berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rahel Panik , lalu segera memanggil Hajah Maimun. “Mak! Mak! Abang Arel pengsan, cepat tolong Rahel angkat abang Arel ke kereta.” Hajah Maimun yang sedang bersawah terkejut dengan berita itu lantas naik dan membasuh badannya yang dipenuhi lumpur. Badan Arel kelihatan lemah sepanjang perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Setibanya mereka di hospital Arel dibawa ke bilik rawatan dan dikendalikan oleh doktor. Rahel dan ibunya di arahkan untuk tunggu di luar bilik rawatan. Setengah jam berlalu. Perasaan gundah dan resah Rahel semakin memuncak, dia risau akan keadaan suaminya. Tiba-tiba tombol pintu bilik rawatan dipusingkan menandakan ada seseorang akan keluar daripada bilik tersebut. Lantas keluar seorang doktor wanita India yang tinggi lampai. Rahel yang duduk lemah di kerusi menunggu, kembali bertenaga untuk bangkit lantas mengajukan soalan kepada doktor tersebut sebelum doktor tersebut sempat berkata sepatah pun. “ Bagaimana dengan keadaan suami saya doktor?” soal Rahel dengan lemah dan teresak-esak menangis. “ Bawa bertenang Puan, mari kita duduk dahulu.” Pinta doktor itu. “ Puan, suami Puan mengalami lumpuh seruluh badan. Kini dia tidak boleh lagi menggerakkan kedua belah tangan dan kakinya malah dia juga tidak boleh bercakap. Namun dia masih boleh mendengar dan melihat. Jadi saya syorkan biarlah dia diberi rawatan dan jagaan rapi di sini. Banyakkan bersabar ya puan dan auntie.” Jelas doktor itu sebak melihat anak mata Rahel yang sudah dilinangi air mata. “Mungkin ini disebabkan oleh tekanan yang melampau. Pernahkan suami puan melakukan perkara yang memberikan kesan yang mendalam keatas dirinya selama ini?” tambah doktor itu. “ Anak lelaki kami satu-satunya meninggal dua bulan yang lalu. Yang memberikan kesan yang mendalam ke atas suami saya ialah Izzat menghembuskan nafas terakhirnya kerana dilanggar oleh kereta yang dipandunya sendiri.” Jelas Rahel sambil mengesat air matanya yang dari tadi lagi tidak berhenti mengalir menuruni pipinya. “ Saya turut simpati atas apa yang terjadi ke atas keluarga puan. Puan banyakkan bersabar dan berdoa, ya. Sekarang puan dan auntie boleh masuk untuk melawat pesakit. Silakan.” Doktor itu mempelawa mereka masuk ke dalam bilik rawatan sambil membuka pintu bilik tersebut. “ Terima kasih, Doktor.” Rahel mengucapnya sebelum doktor tersebut pergi meninggalkan mereka. “ Puan, setelah puan selesai melawat suami puan, sila datang ke bahagian kaunter pendaftaran pesakit , kerana ada beberapa dokumen yang perlu di tandatangani, OK.” Doktor itu meninggalkan pesan sebelum memulakan langkahnya. “ Abang, jangan tinggalkan Rahel. Izzat dah pergi tinggalkan Rahel. Rahel tak nak kehilangan abang..” Rahel merayu sambil meratap, memeluk suaminya yang masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. “ Sabar nak. Ini semua takdir. Kita hanya mampu berserah kepada-Nya.” Hajah Maimun memeluk anak perempuannya itu dari belakang. Rahel dan ibunya memeluk Arel sambil mengalirkan air mata yang tak henti-henti. “ Ini dokumen rawatan yang perlu puan tandatangani. Puan tandatangan di sini, ya.” Jelas seorang jururawat di kaunter. “ Cik, doktor yang bernama Dr.Zeck masih bertugas di hospital ini?” Rahel bertanya inginkan kepastian dari jururawat tersebut setelah selesai menandatangani dokumen tersebut. “Dr. Zeck dah sebulan tidak bertugas di Hospital ini Puan. Dia berhenti bertugas di sini kerana dia menjaga isterinya yang juga dirawat di sini.” Jelas jururawat tersebut sambil menulis di atas sehelai kertas. “Luna, dirawat di sini?” bisik hati Rahel kehairanan. “Isterinya sakit apa Cik?” Rahel inginkan kepastian sambil mukanya kelihatan sedikit terkejut. “ Isteri Dr.Zeck mengidap kanser paru-paru tahap tiga dan peluang untuknya hidup amat tipis. Kini dia ditempatkan di wad pesakit kanser di tingkat tiga.” Jelas jururawat itu. Hati rahel yang dulunya resah kini makin resah dan gundah mendengar pernyataan jururawat tersebut. “Bagaimana agaknya keadaan Zeck sekarang?” Hatinya berbisik sayu. Hatinya meronta-ronta ingin menatap mata sepet Zeck, walaupun dua bulan lepas dia baru menemuinya dalam keadaan yang sangat mengharukan. Sejak mayat Izzat dibawa keluar dari hospital, itulah kali terakhir dia memandang wajah Zeck. Dalam keadaannya yang terkilan dengan pemergian Izzat menyebabkan dian tidak sempat berbual atau bertemu empat mata dengan Zeck. Sesungguhnya masih ada rasa cintanya yang masih dia simpan rapi di sudut hatinya yang paling dalam kepada Abang tirinya itu. “ Mak ada menjaga Arel. Lebih baik aku pergi melawat Luna sebentar.” Tiba-tiba kemahuannya untuk bertemu abang tiri dan teman rapatnya itu semakin memuncak. Walaupun sebenarnya Luna telah merampas Zeck daripadanya, namun dia tidak menyimpan sedikitpun perasaan dendam terhadap temannya itu dan dia pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Lantas dia menuju ke lif dan menekan butang yang memaparkan anak panah ke atas. Pintu lif terbuka dia segera menekan butang yang memaparkan angka tiga sejurus selepas pintu lif tertutup. Setibanya dia di tingkat tiga bangunan Hospital Kuala Lumpur itu, lantas dia membuka pintu yang di atasnya terpampang papan tanda Unit Rawatan Kanser. Bilik yang menempatkan 15 orang pesakit itu dihias indah serta bercatkan warna merah jambu. Rahel berjalan terus memerhatikan setiap nama pesakit yang ada di tepi setiap katil. “Hai Rahel.” Tiba-tiba dia disapa dari belakang dengan suara yang sedikit garau. Rahel menoleh ingin tahu pemuda tersebut. “ Zeck!” Rahel menyebut nama tersebut dengan suara yang sedikit lantang, kemudian dia menutup mulutnya dengan tapak tanganya. “ Kau buat apa di sini?” Zeck bertanya dengan muka yang selamba bagi menutupi wajah rindunya terhadap kekasihnya itu. “ Bagaimana keadaan Luna?” Zeck membawanya menghampiri sebuah katil yang di atasnya terbaring seorang gadis yang berwajah bagaikan tidak bermaya. Wanita itu mengenakan skaf di kepalanya akibat malu akan rambutnya yang mula gugur dan membotakkannya. “Ra...Ra..hel... akhirnya kau datang jua.” Luna bersuara lemah. Rahel mengenggam erat tangan Luna sambil anak matanya menitiskan air mata lalu gugur membasahi katil yang bercadarkan kain putih itu. “ Luna, kamu banyakkan bersabar ya. Sudah kamu berrehatlah.” “Rahel, sebenarnya kau buat apa di Hospital ini?” Zeck bertanya inginkan kepastian kerana soalan tersebut dari tadi tidak berjawab. “Arel lumpuh Zeck, dia mengalami trauma yang amat sangat akibat kematian anak kami dua bulan yang lalu.” Rahel mengesat air matanya menggunakan hujung tudungnya. “ Ya Allah! Sejak bila lagi dia....” Zeck bertanya dengan nada sedikit terkejut namun dia tidak sempat menghabiskan soalannya air matanya mengalir menuruni pipinya. Dia sangat simpati atas apa yang menimpa keluarga adik tirinya itu. “Sejak pagi tadi.” Rahel menjawab. “Rahel, kamu banyakkan bersabar, ya.” Nasihat Zeck. Rahel hanya menganggukkan kepalanya. “ Baiklah saya mahu beredar dahulu, Arel pasti dah tunggu saya kat bawah. Zeck kamu juga banyakkan bersabar dan doa, ya.” Rahel meninggalkan sedikit pesan sambil memulakan langkahnya setelah dia mencium dahi teman lamanya itu. “Rahel, tunggu!” sahutan Zeck itu mematikan langkah Rahel. " Terima kasih kerana datang.” Rahel hanya membalasnya dengan senyuman. Dia terus berlalu pergi meninggalkan bilik merah jambu itu. Dia kembali ke pangkuan suaminya, walaupun masih ada sedikit rahsiah yang ingin dia luahkan kepada Zeck. Dia tahu kini tiada apa lagi yang boleh dia harapkan daripada cinta Zeck. Mendengar berita kematian Luna menyebabkan dia segera mencapai telefonnya. Dia terus mencari nombor telefon Zeck yang selama ini tidak pernah berubah. “Hello! Zeck awak di mana?” Rahel bertanya dengan nada yang tergesa-gesa. “Saya di kampung Luna Rahel, majlis pengebumiannya akan diadakan petang ini.”Zeck menjawab soalan tersebut dengan nada yang sedih. Kedengar sedikit bacaan yassin orang kampung keluar daripada pembesar suara telefon bimbit Rahel. Mengetahui keberadaan mereka, dia meminta izin kepada suaminya dan ibunya untuk pergi menghadiri majlis pengebumian tersebut. Dia segera memandu kereta Madza Lantis 323 milik suaminya laju menuju ke kampung Parit Satu, meninggalkan suaminya di bawah jagaan ibunya di rumahnya di kampung Parit Tiga. Setibanya dia di rumah Luna, dia mendapati Mayat Luna telah dibawa ke tanah perkuburan Parit Satu. Dia segera memandu menuju ke tanah perkuburan tersebut. Setibanya dia di sana, perasaan sedih dan kecewa menyelubungi dirinya. Majlis pengebumian telah pun selesai, hanya Zeck sahaja yang masih di sana meratapi pemergian isterinya. Dia segera keluar dan menghampiri pusara teman lamanya itu. “Abang, sabar ya. Banyak-banyakkan berdoa semoga dia hidup aman di alam sana.” Rahel cuba memujuk hati abang tirinya sambil mengesat air matanya yang hampir jatuh membasahi tanah dengan hujung selendang hitamnya. Zeck hanya memerhati Rahel yang berdiri di hadapannya kemudian tunduk resah dengan air matanya tidak berhenti mengalir. “ Rahel pergi dulu, ya bang. Abang Arel dan mak pasti sudah tunggu kepulangan Rahel di rumah.” Rahel memohon izin kepada Zeck Setelah selesai menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah untuk arwah dan mengucapkan takziah kepada abang tirinya itu. Arel hanya mengangguk lemah ,tanda setuju akan pemergian Rahel. Rahel memulakan langkahnya menuju ke kereta Madza Lantis 323 berwarna merah yang di diletakkan di bahu jalan meninggalkan Arel sendirian di selubungi kesedihan. “ Rahel!!” sahut Zeck dengan nada yang sedih sebelum sempat Rahel membuka pintu keretanya. Abang tirinya berjalan lemah menuju ke arah Rahel sambil membawa sebuah kotak dengan balutan berwarna ungu. “Rahel, Luna bagi ini kat abang dua hari sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Nah, ini wasiat arwah, bukanya apabila awak sudah sampai di rumah nanti.” Jelas Zeck sambil memandang wajah Rahel lalu dia memberikan kotak tersebut kepada Rahel. “Baiklah Abang.” Rahel menjawab dengan sedikit anggukan. Rahel masuk ke keretanya lantas menghidupkan enjinnya. Setelah mengucapkan salam dia segera meninggalkan Zeck. Setelah sampai di rumah, Rahel memasuki biliknya. Apa yang Luna wasiatkan pada aku? Melonjak tinggi keingginannya untuk tahu. Balutan direntap rakus. Berdebar namun tidak sabar. Terbeliak anak matanya melihat tujuh diari sudah terlambak di atas katilnya. Tujuh diari bemaksud tujuh tahun! Apa erti semua ini? Desisnya sambil membelek satu-persatu diari itu. Surat! Terselit sepucuk sampul putih di antara diari-diari itu. Bergetar perasaanya. Dia segera membuka dan membaca isi kandungan warkah tersebut. Assalamualaikum, Untukmu Rahel Adam, semoga selepas kau membacanya kau akan mengerti. Ketika warkah ini sampai ke tanganmu, mungkin aku sudah tiada lagi di muka bumi ALLAH ini. Rahel... aku tahu pertemuan pertama kita ketika di bangkuh sekolah dahulu telah menjadikan kita teman rapat sehingga saat ini. Kau dan aku bagaikan sudah menjadi adik- beradik tak kala kita berkongsi kisah hidup bersama ketika menuntut di universiti yang sama di Paris tak lama dahulu. Maafkan aku Rahel, bukan niatku ingin merampas kebahagianmu serta untuk mengguris perasaanmu selama kita sebumbung tidak pernah terlintas di fikiranku. Bukan niatku juga untuk merampas Abang Zeck daripadamu. Percayalah, perkahwinan kami berdua bukannya atas nama cinta yang lahir daripada hati kami berdua. Aku terdesak saat itu Rahel. Saat ku tahu ayah Arel memaksa dia untuk memperisterikanmu, hatiku hancur, lalu aku lari membawa diriku ke Paris untuk merawat hatiku yang luka. Pertemuan ku dengan Abang Zeck secara tidak sengaja di sebuah kedai kek, memberikan sinar harapan kepada ku. Lalu dia menyatakan bahawa kau juga dipaksa untuk berkahwin dengan kekasihku, Arel. Sebenarnya kami berdua menjadi suami isteri atas keinginan kami berdua melupakan masa lalu kami. Bacaan Rahel terhenti. Setitik air mata jatuh membasahi warkah tersebut. Namun warkah itu diteruskan jua. Rahel, aku Cuma menumpang sejenak kasih Abang Zeck untuk melupakan masa laluku yang begitu pahit rasanya. Ikhlas, aku memang inginkan aku dan Arel bersatu sebelum aku terlewat. Selama aku menjadi isteri Abang Zeck sesungguhnya kami berdua tidak pernah bahagia. Aku ingin tahu gadis seperti apakah kau ini yang begitu dipuja oleh suamiku, walaupun aku teman rapatmu dan tahu akan dirimu. Namun aku ingin melihat dengan mata kepalaku sendiri siapakah kau sebenarnya. Selama beberapa hari kau menjenggukku di hospital tempoh hari, akhirnya aku tahu segala jawapan pada segala persoalan. Aku akui aku cemburu padamu Rahel tetapi ketahuilah jua bahawa aku bersyukur sekali dapat mengenali dirimu sebagai sahabat serta kakak iparku. Rahel terdiam sejenak. Sebak hatinya. Benarkah Zeck memujaku selama dia bergelar suami Luna? Dia menilik kembali surat itu sejurus dia mengesat air matanya. Kini semuanya sudah berlalu dan yang pasti aku bahagia pernah memiliki lelaki bernama Zeck Azim walaupun dia tidak pernah mencintaiku seperti mana dia mencintai dirimu Rahel. Yang aku pasti dia juga bahagia memiliki isteri bernama Rahel Adam biarpun kadang-kadang dia resah memikirkannya. Bimbang pastinya dia kau telanjur cinta pada Arel dan tiada lagi sisa di hatimu untuk cintanya. Adakalanya, dia tidak lena tidur biarpun aku berada di sisinya. Aku cemburu tapi aku juga pasti simpati padanya. Walaupun berat hatiku untuk menerima kau telah menjadi milik Arel namun aku harus merelakannya. Ikhlas ku nyatakan Rahel, saat ku mengetahui kau akan bernikah dengan Arel, aku menjadi tidak keruan, hidup ini bagaikan sudah tidak bermakna lagi hinggalah aku menemui abang tirimu. Namun percayalah aku tidak pernah menyimpan dendam terhadap dirimu selama ini. Rahel, aku bimbang kehidupan Fazzy di masa akan datang tapi kini aku yakin Fazzy akan bahagia memiliki kau sebagai mama barunya dan Zeck sebagai ayahnya. Anggaplah Fazzy sebagai anak kau sendiri walaupun dia tidak pernah tinggal di rahimmu. Jadikanlah dia sebagai pengganti Izzat di hidupmu walaupun aku tahu Fazzy tidak akan sama di matamu sebagaimana Izzat anak lelakimu. Bacaan rahel terhenti, saat melihat nama Fazzy. Siapa Fazzy? Soal hatinya ingin tahu. Kian tidak sabar dia untuk menamatkan butiran ayat hingga ke penghujung warkah itu. Rahel walaupun aku tidak bahagia bersama Zeck namun kami dikurniakan seorang anak lelaki sama seperti mu iaitu Fazzy Zeck. Selama ini kami berdua merahsiahkannya kepada mu, semata-mata untuk menjaga hatimu. Rahel, sudikah engkau membahagiakan kedua lelaki, Zeck dan Arel sehingga ke akhir hayatmu? Walaupun ianya di luar kuasamu untuk menikahi dua lelaki sekali gus. Namun aku mohon, jangan biarkan lelaki yang bernama Zeck itu tercari-cari lagi arah hidupnya. Percayalah selama ini dia mencintaimu setulus hatinya. Kesetiaannya sentiasa menantimu seperti mana aku menanti Arel saban hari dahulu. Lama dahulu. Aku percaya sehingga saat ini kau juga menantinya. Untuk sekali lagi aku mohon padamu demi Fazzy. Aku mahu Fazzy memiliki kasih sayang keluarga sempurna. Punya didikan agama yang menjuruskannya menjadi insan berguna suatu hari nanti. Rahel sedikit binggung. Dia menarik nafasnya dengan panjang dan mengalih punggungnya pula. Tidak selesa kalau berada di satu tempat sedangkan hatinya bersimpang-siur. Kemudian matanya melilau mencari sambungan ayat tulisan Luna. Segala kisah hidupku bersama Abang Zeck akan kau ketahui segalanya bila diari-diari luahan hatiku yang ku sertakan ini kau renungi setiap baris ayatnya. Aku juga mohon kemaafan darimu Rahel. Maaf atas segala-segalanya... dan usah risau, kerana aku sentiasa memaafkanmu. Yang mengharap, Nur Lunaris Nabila Idham 22 Januari Wasallam. Sejurus Rahel membaca perkataan terakhir pada warkah tersebut dia sebak lagi. Sesaat kemudian, matanya tertancap pada diari-diari Luna. seterusnya dia leka untuk mengetahui riwayat hidup Luna selama tujuh tahun bersama Abang tirinya itu. Bagaimanakah aku harus memenuhi semua amanah arwah? Adakah aku mesti memilih antara Abang Arel yang sangat memerlukan kasih sayangku saat ini atau aku pergi mendapatkan kekasihku yang sudah lapan tahun menanti diriku tanpa rasa jemu? Persoalan tersebut membinggungkan Rahel. Lantas dia membelek dan merenungi satu persatu isi kandungan diari-diari tersebut. “Apa yang dimenungkan, bang?” Zeck berpaling pada suara isterinya, Rahel. Tersenyum sambil menghulur tangan agar isterinya bersama-sama menikmati indahnya bulan dan bintang-bintang yang berkelipan. Kini kehidupan Rahel bahagia di samping kekasih hatinya yang selama ini menantinya sejak ayahnya, Adam menghalang cinta antara mereka berdua dan setelah pemergian Arel setahun yang lalu akibat strok. “Mari, abang nak mencapai cita-cita abang dulu tu. Melihat bulan bintang bersama kekasih hati”. Mereka berdua bersama-sama berdiri di balkoni bilik mendongak ke langit. Rahel berasa damai dan berasa selamat bila tubuhnya didakap dari arah belakang oleh suaminya. “Apa perasaan awak pada Fazzy?” tanya Zeck tiba-tiba seraya mengeratkan lagi pelukannya agar tidak terlepas melingkari pinggang Rahel. “Dia kan anak abang, mestilah Rahel sayang. Walaupun dia bukan darah daging Rahel.” Rahel tertawa. Jauh di sudut hatinya dia bersyukur dan bahagia akhirnya dapat meneruskan kehidupannya bersama lelaki yang dicintainya setulus hati. “ Mama...Papa..” tiba-tiba suara pangilan itu menyebabkan Zeck melepaskan dakapannya terhadap isterinya. “Anak papa...” Zeck memanggil anaknya sambil mendepakan tangannya untuk bersedia memeluk Fazzy yang meluru ke arahnya. Sejurus Fazzy di dalam pelukannya dia terus mendukung anak lelakinya yang berusia lima tahun itu. Kemudian dia kembali di samping isterinya yang hanya tersenyum melihat mereka berdua. “Mama..” Fazzy memanggil ibunya. Rahel hanya menatap wajah anak tirinya itu sambil tersenyum. “Abang Arel, Izzat.. kini mama bahagia di samping keluarga baharu. Mama tidak akan pernah lupakan kamu berdua yang pernah mewarnai kehidupan mama selama ini. Abang Arel, walaupun selama ini Rahel tidak pernah mencintai abang namun Rahel bersyukur pernah memiliki lelaki sebaik abang dalam hidup Rahel. Semoga Abang dan Izzat di tempakan disisi-Nya di alam sana.” Bisik hati Rahel sayu, sambil menahan air matanya daripada berjujuran jatuh membasahi pipinya. Lantas dia memeluk suaminya serta Fazzy yang berada di sisinya sambil menyandarkan kepalanya di bahu Zeck. Malam ini, aku ingin menemani suamiku dan Fazzy melihat bintang-bintang dan bulan itu. Bisiknya lagi dengan kuluman senyuman yang tidak henti-henti.